akhir-akhir ni aku rasa lain. entah kenapa. aku tak tau. setiap hari termenung. setiap masa rasa nak nangis. Allah, aku nak baring di permaidani Mu... aku nak mengadu apa yang aku alami. tak de sape yg tahu di sudut hati ini melainkan Engkau. aku tak mampu luahkan segala apa yang aku rasa. terkadang masa doa pun aku tak mampu untuk berkata-kata. tapi aku yakin, sekalipun aku berbicara di sudut hati, Engkau masih mendengar...
peristiwa bertahun-tahun yang lepas menjengah ruang fikiran. aku cuba husnuzhon dengan Mu, Allah.... aku yakin Engkau takkan menguji dengan sia-sia, semua nya berhikmah. tapi aku tak mampu membendung lagi air mata ini. Allah, air mata tumpah lagi. aku cuba bertahan, tapi aku tak cukup kuat untuk menyeka air mata ini. Allah, lemah kah aku bila air mata ini jatuh lagi? aku tak nak lemah lagi. kurniakan aku secebis kekuatan yang ada pada Engkau, Ya Qawiy...
Allah,
betul ke tindakan yg aku buat skrg ni? hati aku jadi sayu mengenangkan dosa-dosa lalu. kalu boleh diputarkan ke masa silam, aku tak nak lalui jalan perit ni. sangat menyakitkan. tapi aku selalu pujuk hati, betapa sebenarnya kalau diri ini sedar bahawa Allah tu sgt baik utk hambaNya. sekalipun perit dipermulaan, namun kesudahannya pasti bahagia... itu janji DIA. setiap ujian adlh utk meningkatkan darjat, bagi org-org yg sabar. tapi mantap kah kesabaran aku? Allahuakbar... T_T
aku pernah dikhianati. walaupun aku kecewa, tapi aku tak boleh salahkan pengkhianatan yg dibuat olehnya. sebab, hakikatnya aku sendiri sbnrnya yang mengkhianati diri sendiri. dan lebih huduh diri aku bila aku mengkhianati Tuhanku sendiri.... Allah, sudikah Kau memaafkan segala dosa aku? masih kah ada ruang untuk aku mencintaiMu??
fitrahnya insan perlukan teman hidup. tapi aku tak nak perhubungan yang sia-sia. diri yang berbaki, aku nak jaga untuk dia. dia yang unknown tapi aku yakin dia ada untuk aku, bila sampai masa ditentukan NYA...
Wahai Pengasih Penyayang,
sampaikan salam ku kepada jodohku
walau siapa pun dia, beritahu dia bahawa aku sangat merinduinya
walau siapa pun dia, aku selalu berharap dia akn segera ambil aku sebagai isterinya yang sah melalui keizinan Mu... supaya aku tak dimusnahkan oleh lelaki-lelaki yang cuba merosakkan aku...
Jodohku,
siapa pun engkau sebelum saat pernikahan kita, itu adalah sejarah peribadimu yang aku sedikit pun tak layak mengungkitnya... tapi bila masa diizinkan Allah, kau untukku, aku mohon selalu, pimpini langkahku, pegang erat jari-jemari ku, agar tidak tersasar dari landasan Islami... aku sungguh rindu jalan ni, jalan dakwah yang manis bagi insan yang thabat padanya...
aku yakin, akulah untukmu kerana tulang rusuk tidak bertukar ganti... =) |
:: Jodoh & Takdir ::
pasti indah jika semuanya kerana Allah...
^_^
*alangkah indahnya andai ditakdirkan yang pertama itulah yang terakhir*
namun, segalanya dalam ketentuan Ilahi, aku pasrah, aku redha...
A: sebenarnye bende ni ak copy dari blog junior ak. ak terbaca n menyentuh hati pula. terima kasih husni hanis sb bagi copy. kalau korang nak lebih info, jenguk2 la blog si kecil molek ni. http://husnyhoneys.blogspot.com/



0 comments:
Post a Comment